Poster 'berangan' filem. :')
Novel ini berkisarkan tentang beberapa individu / watak yang saling berkait di dalam satu cerita. Protagonis utama di dalam novel ini adalah Mahadi, seorang penuntut di IPTA. Seperti penuntut-penuntut universiti yang lain, bagi Mahadi Internet merupakan sahabat karibnya. Namun, kehidupan Mahadi yang biasa bakal berubah ketika dia menerima satu e-mail misteri dari seseorang yang tidak dikenali.
Mulanya bagi Mahadi, e-mail tersebut hanyalah sekadar ‘sampah’ yang ingin menipu atau memenuhi ruang peti masuknya. Tetapi, hari demi hari sikap ingin tahu Mahadi mula memanuhi kemahuannya merungkai misteri pengirim e-mail tersebut. Sedikit demi sedikit misteri disebalik pengirim e-mail itu dirungkai. Paling mengejutkan Mahadi, apabila dia mengetahui bahawa pengirim e-mail itu berasal dari Palestin ! Wilayah bergolak yang penuh dengan keganasan dan kesedihan.
Mahadi mula mengenali Safea, gadis misteri dari Palestin yang juga pengirim e-mail tersebut. Ajaibnya, setelah sekian lama berhubung secara maya dan tidak pernah langsung bertemu muka, Mahadi mula jatuh cinta pada Safea. Safea banyak mengajar Mahadi tentang Islam, kesyukuran dan kasih sayang. Sehinggalah suatu masa, Safea hilang tanpa berita. Membuatkan Mahadi risau. Mahadi membuat keputusan untuk ke Palestin menjejaki Safea.
Apa yang telah berlaku pada Safea? Apakah yang bakal ditemui oleh Mahadi di Palestin? Siapakah Safea sebenarnya?
aku jadi tertarik plak plak nak tau kisah ini..
ReplyDeletesila habiskan wahai Tuan Penulis
Mana ko dpt link blog ni miro??? Hahaa.. In shaa Allah.. aku tghusahakan Bab 1 lagi ni.. Sibuk sangat.. But I'll make it work!!
ReplyDeleteThx Miro...
beb mana sambungan cerita ni??? dah lama aku menanti
ReplyDelete